<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7691935697554976206?origin\x3dhttp://reluctantchauvinist.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Monday, September 24, 2007

Aku, Kamu dan Bangsa Dia.

Esei ini ditulis dalam bahasa yang dianggap masyarakat masakini sebagai bahasa Melayu

Orang kita sikapnya tolak ansur dan kita dah biasa undur ke beiakang sikit untuk kasi bangsa dia jalan di depan. Biasalah, orang kita ni penuh sopan santun, budi bahasa. Orang memberi kita merasa. Kalau kita di belakang tak apa lah, biarlah bangsa dia jalan dulu.

Dahulu nampaknya macam nak berubah. Tapi sekarang ini zahirnya masih sama saja. Anak-anak bangsa dia diasuh rapi ibu-bapa. Anak orang kita masih ramai yang diasuh rapi geng kongsi gelap, geng skinhead, geng metal, geng motor dan sebagainya geng yang langsung tak ada faedah. Tak apa lah, nanti dah tua anak kita boleh bertaubat. Itu belum masuk lagi bab pasal anak-anak orang kita yang tak ada segan silu langsung. Bukan sedikit yang kerjanya penggoncang arak di kelab malam lah, jadi waiter kedai makan tak halal lah. Bangsa dia tengok pun jadi confuse. "I thought not halal? Can work there, meh?" Tak apa lah, kita mesti open minded, pe.

Anak bangsa dia kalau masuk universiti berduyun-duyun jakon nak rnasuk jurusan kedoktoran lah, undang-undang lah. Tu hebat, tu. Kerjanya baik, gajinya nanti lumayan, tempat kerjanya high class lagi. Anak orang kita kalau dapat masuk universiti sekali pun entah kenapa kemaruk nah nak masuk bidang engineering lah, construction lah, mekanikal lah. Kenapa jarang sekali anak orang kita nak jadi doktor ke, loyar ke? Tapi ye ye nah nak jadi mekanik? Tak apa lah, orang kita kan dah biasa kerja kotor.

Bila tiba hari kebangsaan, orang kita mesti kena komen dulu oleh PM, kan? Bertahun-tahun asyik "Bangsa Melayu bertambah maju..." atah "Bangsa melayu menampakkan sedikit kemajuan..." Hai, belum maju-maju lagi ke orang kita ni? Setiap tahun asik "bertambah maju" saja. Bila masanya PM nak cakap "sudah maju"? Dah tu orang kita bukan main gembira kena puji sikit dengan PM. Orang kita ni memang pantang kena puji. Yei! Tak apa lah, asal PM kata kita makin maju. Tapi jumlah anak orang kita yang lulus di peperiksaan peringkat "O" Levels masih begitu sedikit kalau dibandingkan dengan prestasi anak-anak bangsa dia. Takapa lah, sekurang-kurangnya ada juga sikit kemajuan.

Bangsa dia kalau ada ilmu, begitu lokek nak kongsi dengan orang kita. Simpan sendiri, kaup untung sendiri. Tapi kalau orang kita ada ilmu sedikit setotek mana pun, tak teragak-agak nak kongsi dengan bangsa dia. Takapa lah, kan orang kita ni pemurah. Sebagai contoh hasilnya, banyak makanan orang kita dah jadi makanan bangsa dia. Otak-otak dah jadi "otah". Putu piring dah jadi "kueh tutu". Nasi Lemak dah jadi "Nasi Lomat". Orang kita langsung tak diberi apa-apa kredit atau pengiktirafan. Diorang anggap macam diorang lah yang invent makanan turun-temurun nenek moyang orang kita ni. Kalau makanan itu merupakan identiti dan maruah sesuatu kaum, maka orang kita dak hilang banyak identiti dan maruah. Eh, tak apa lah, kita kan mesti kongsi ilmu. Jadi tak apa lah kalau orang kita hilang mata pencarian yang unik, ya? Kenapa orang kita tak curi-curi belajar buat bahkut teh halal ke? Dah tu boleh orang kita export ke luar negara. Kenapa asik barang kita aje yang kena tiru?

Setiap tahun bangsa dia ada kempen "Speak Mandarin". Diorang anjurkan bahawa bahasa diorang tu adalah satu aset. Orang kita pun tak ketinggalan turut belajar bahasa dia. Tapi bila masanya orang kita nak adakan kempen "Speak Malay" besar-besaran? Nah, bukankah bahasa kita juga suatu aset. Lebih-lebih lagi kerana negara kita ini terletak di tengah-tengah wilayah tanah Melayu. Tak ke kita rasa janggal tiba-tiba di tengah-tengah wilayah Melayu ada sebuah negara yang yang majoriti penduduknya berbangsa dia dan kebanyakan tak reti berbual bahasa kita? Tak apa lah, bangsa dia pun dah jadi rakyat negara kita, kan! Betapa sedihnya, pasal orang kita sendiri tak tahu yang bahasa Melayu ini adalah bahasa rasmi Singapura.

Jadi lantarannya begini, walau apa pun yang nak jadi kat bangsa kita, orang kita masih tak rasa apa-apa. Jarang sekali kelihatan daya saing orang kita untuk naikkan lagi martabat bangsa yang hilang entah ke mana. Kita akur memang ada segelintir yang gigih, tapi majoritinya masih membuta atau membabi buta. Memang benar kata PM yang orang kita "bertambah maju". Tapi jika kemajuan boleh dikira dengan perangkaan kadar peratus, berapa majukah kita sekarang berbanding dengan 20, 10 atau 5 tahun dulu? Sudahkah kita mengatasi kejayaan bangsa dia, atau dekat pada itu? Mampukah kita bersaing lagi? Apakah nanti suatu masa orang kita akan tersinkir dari tanah sendiri?

'Tak apa lah, kita kan orang Melayu".

***

(Penulis adalah seorang yang tak segan silu mengaku dia sedikit sebanyak ada berdarah Melayu dan amat mencintai Singapura sebagai tumpah darahnya. Tapi at times, dia fed-up pasal orang Melayu macam heck care, gitu).

© 2003-2007 mohammadzahid


AddThis Social Bookmark Button